Rabu, 3 September 2008

Ramadhan Al - Mubarak

Sekarang dah masuk bulan Ramadhan.Alhamdulillah anak-anak Permata Hati ramai yang berpuasa. Walaupun ada yang tak puasa, mereka tak minta makan pun...pasal tiap-tiap pagi dah pesan siapa yang puasa dapat buah tangan sebelum balik nanti...so puasalah semua. Ada ibu bapa mereka cerita balik sekolah ada yang tak larat ...tapi suruh berbuka tak mau,takut esok cikgu tanya !! Kira ok lah..kan Melentur Buluh Biarlah Daripada Rebungnya ........

Khamis, 28 Ogos 2008

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT PRASEKOLAH


Sambutan diadakan pada Hari Khamis 28 Ogos 2008. pelbagai acara diadakan seperti pertandingan berpidato,nyanyian lagu patriotik dan sebagainya.Anak anak Prasekolah Permata hati turut menyertai pelbagai acara demi memeriahkan lagi suasana.

Rabu, 13 Ogos 2008

Emosi dan Perasaan

Jenis Emosi atau Perasaan dan implikasi pada kanak-kanak:

Gembira - Membantu kanak-kanak atau remaja berfikir bagaimana melahirkan rasa seronok dan menggalakkan mereka bercakap mengenai sesuatu yang mereka sukai.

Marah - Membantu mencari jalan bagaimana menghadapi halangan untuk mendapat sesuatu yang dicitakan dan mengenal erti kesabaran, belajar melahirkan perasaan geram dalam bentuk yang bersesuaian dan mencari jalan penyelesaian.

Takut - Rasa terancam, suatu motivasi ingin memastikan keselamatan diri dari aspek fizikal dan psikologi. Merangsang kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan takutnya, mencari jaminan mendapat ketenangan dan ketenteraman.

Sedih - Kehilangan, tidak mendapat apa yang dikehendaki menjadikan kanak-kanak berusaha lebih mendapat apa yang dicita, mencurah perasaan dan berfikir bagaimana mengatasi rasa sedih.

Geli - Selalunya dikaitkan dengan makanan, bau dan pandangan, suatu yang semula jadi menjadikan seseorang kanak-kanak berhati-hati agar tidak ‘terkena’ apa yang yang beliau geli. Perasaan ini perlu dihormati dan bantu mereka mencari sebab mengapa mereka berperasaan begitu.

Cemas - Asalkan tidak keterlaluan, sebenarnya ia membantu kanak-kanak berusaha mengambil langkah mengelak diri dari menghadapi masalah, belajar menahan perasaan bimbang dan bertindak proaktif untuk menunjukkan sesuatu yang terbaik.

Malu - Menjadikan kanak-kanak menyedari kepentingan perilaku yang baik dan mengelak daripada melakukan sesuatu yang dikatakan memalukan. Ini membantu mereka mengawal tingkah laku mereka sendiri.

Rasa bersalah - Wujud bila kanak-kanak melakukan sesuatu yang dianggap ‘keluar’ dari ’standard’ tingkah laku yang baik. Si kecil akan berusaha untuk tidak dianggap bersalah dengan berakhlak sebaik mungkin dan sekiranya kesalahan tetap atau sudah dilakukan, perasaan ini merangsang kanak-kanak meluahkan perasaan dan menyedari agar berusaha untuk tidak mengulangi pada waktu yang lain.

Rasa bangga - Tercetus bila seseorang kanak-kanak terasa dihormati/dihargai oleh orang lain atau bila ia mencapai apa yang diharapkan seperti merangsang mereka meluahkan apa yang membuatkan mereka merasa bangga dan memberi peluang berkongsi rasa bangga, puas dan gembira.

Ahad, 10 Ogos 2008

Bagaimana menangani kanakalan anak-anak

Kenakalan anak-anak kadang kala membuatkan kemarahan anda sebagai ibu bapa memuncak sehingga membuatkan anda akan meninggikan suara, memukul mereka tanpa menghiraukan jiran tetangga dan sebagainya. Justeru, untuk menangani masalah ini, berikut merupakan 7 kaedah bagaimana untuk anda manjaga perilaku kenakalan anak-anak agar anda dapat mengawalnya.


1. Buat Peraturan

Sebagai ibu bapa anda berhak mengatur aktiviti anak-anak. Oleh itu, untuk menjaga kenakalan mereka pastikan anda membuat jadual peraturan yang sederhana. Senaraikan perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh.. Bincangkannya bersama anak supaya mereka tidak merasa terkongkong.


2. Pencegahan Awal

Sekiranya anda merasa tingkah laku anak anda di luar kawalan seperti menjerit-menjerit (tanpa sebab), berlari-lari di dalam rumah dan sebagainya berusahalah untuk mengalihkan perhatian mereka kepada perkara lain seperti ajak dia bermain mainan kesukaannya, menonton televisyen dan sebagainya.


3. Fahami Tingkah Laku Si Kecil

Pastikan anda membuat catatan kecil mengenai sikap anak anda yang kurang menyenangkan, Dari catatan tersebut, anda dapat mengetahui pola kenakalan mereka dan cuba pertimbangkan segala kesalahan tersebut berpunca dari salah siapa. Jangan salahkan anak anda sepenuhnya, tanyakan sepenuhnya, tanyakan pada diri, adakah anda telah memberikan sepenuh perhatian kepadanya? Maka cubalah untuk mencari jalan penyelesaiannya.


4. Berdisiplin.

Amalkan disiplin yang mudah untuk mereka lakukan. Perhatikan berapa lama anak anda boleh mengikutinya. Misalnya minta anak anda berdiam diri seketika di kerusinya atau dia dilarang untuk bermain barang kesukaannya, mengemas bilik tidur selepas bangun dan beberapa perkara mudah yang lain.


5. Berikan Masa

Ketika kemarahan anda terhadap si kecil memuncak, cuba bertenang dan berikan masa sekurang-kurangnya 5 minit untuk anda meredakan suasana, Tarik nafas sedalam-salamnya dan cubalah mencari jalan penyelesaian untuk mengubah sikap sikecil


6. Hindari Memukul Ketika Marah.

Ketika marah, emosi sedang mengawal segala tindakan sehingga ada kalanya tidak sedar apa yang anda lakukan. Menurut kajian yang dijalankan, memukul anak kerana kenakalannya adalah perkara yang sangat tidak efektif dan tidak dapat membantu anda menyelesaikan masalah. Malahan ia mungkin akan mendatangkan kesan yang mendalam kepada anak-anak. Anda mahukan yang terbaik tetapi sebaliknya akan mereka lakukan.


7. Biarkan Berlalu

Lupakan sebentar kenakalan anak-anak yang telah membuat anda `tension’ dengan berolahraga atau bersiar-siar. Tindakan tersebut sekurang-kurangnya dapat memulihkan perasaan marah anda tadi. Cari sedikit masa untuk anda merehatkan fikiran yang kusut itu

Ibubapa kena terus terang dengan anak

Elak menipu jika tidak tahu jawab soalan

Kebenaran

Apa yang diberitahu kepada anak mestilah perkara yang benar. Ibu bapa jangan menipu anak. Jika ibu bapa tidak tahu jawapan kepada persoalan yang diajukan anak, beritahu mereka bahawa kita tidak tahu dan mengajak mereka mencari jawapannya. Jika ada perkara yang mungkin sukar bagi kita menjawab sendiri oleh sebab-sebab tertentu, minta bantuan daripada orang lain dan beritahu anak perkara sebenar.


Bercakap terus terang dan tepat

Apabila kita bercakap dengan anak, kita mesti menggunakan bahasa yang senang dan cakap terus terang serta tidak berbelit-belit. Kadangkala kita terpaksa memberikan satu-satu jawapan kerana tidak ada masa memikirkannya dan terpaksa membuat satu keputusan yang mengelirukan. Contohnya, anak meminta kebenaran bermain di luar tetapi hari panas, kita terus menjawab , "tidak boleh nanti dikejar anjing". Sepatutnya kita beritahu terus bahawa "tidak boleh hari panas" dan beritahu bahawa nanti akan menyebabkan mereka (anak) sakit.

Sentiasa konsisten dan tepat

Apa saja yang kita terangkan kepada anak-anak atau mengajar mereka, mestilah dilakukan dengan konsisten dan tepat. Pembaharuan boleh diterima oleh anak-anak tetapi jangan membuat pembaharuan tanpa sebab yang munasabah atau tidak jelas.

Rangsangan

Keupayaan adalah asas membina semangat kepada anak-anak manakala kegagalan asas lemah dan boleh mematahkan semangat

Harapan

Wujudkan perasaan positif dan tanamkan perasaan harapan yang tinggi dan jangan berputus harapan kepada anak-anak.

Berulang-kali

Anak-anak suka sesuatu yang berulang-ulang. Jika sesuatu itu dilakukan berulang-kali, maka lebih kuatlah pembentukan rangkaian di dalam otak mereka. Namun, elakkan perkara berulang atau pengalaman negatif terhadap anak-anak.

Jangkaan

Ajar anak supaya boleh membuat penentuan atau ramalan atas sesuatu yang terjadi atau apa yang bakal berlaku. Jika membuat sesuatu dengan anak berhenti sebelum anak masih minat dan seronok.

Disiplin/ Undang-undang

Anak tidak boleh dipukul, dicubit atau ditengking. Cara kita mendisiplinkan mereka mestilah diasaskan kepada: maruah yang tinggi, ilmu dan kefahamannya, wujudkan peraturan, terang dan tunjukkan cara, buat sebagai amalan dan menjadi contoh teladan

Kegembiraan

Dilakukan dengan penuh kemesraan dan kegembiraan. Perasaan gembira boleh mewujudkan keselesaan diri yang menyebabkan anak sentiasa riang. Perkataan yang digunakan, lagu-lagu pantun mestilah mewujudkan perasaan gembira. Elakkan perasaan sedih, sayu, pilu merendahkan anak, menghina manusia dan perkara negatif lain. Berikan anak-anak ilmu yang banyak, menjaga diri dan membina kemampuan melakukan banyak perkara yang berguna.

Kecewa

Anak perlu mengalami kekecewaan dalam hidupnya. Kehilangan barang yang disayanginya, perpisahan ibu bapa, kematian dan sebagainya adalah kekecewaan yang akan dihadapi anak-anak. Semuanya mesti dijelaskan kepada anak secara benar dan bantulah anak mengatasi kekecewaan itu.

Teladan

Teladan daripada ibu bapa dan orang lain dalam hidupnya adalah pengajaran yang paling efektif. Teladan yang baik akan meningkatkan ciri yang baik. Teladan yang buruk merosakkan amalan hidup dan kewibawaan anak.

Konsep Downshifting (merendah-rendahkan atau menurunkan semangat anak)

Jangan pukul, cubit dan menghina anak. Elakkan mencari salah, membeza-bezakan anak-anak, menyebut jangan, tidak boleh tanpa sebab dan keterangan dan jangan menggunakan amaran yang marah tanpa sebab serta keterangan kukuh.

Konsep Expansion vs Replacement (Pengembangan lawan Pengambilalihan)

Membina keyakinan diri, maruah dan jati diri

Sumber: Pengerusi Institut Pembangunan Keluarga dan Kanak-Kanak Nury, Datuk Dr Noor Laily Abu Bakar, Bengkel Hak Perlindungan dan Keselamatan Diri Kanak-kanak anjuran Institut Kefahaman Islam (Ikim). Berita Harian Online - 1 Ogos 2008

Sabtu, 9 Ogos 2008

Program Doktor Muda

Pelajar Sebagai Role Model, Promoter dan Motivator Kepada Rakan Sebaya.
Doktor Muda merupakan pelajar sekolah tahun 4, 5 dan 6 yang terpilih dan terlatih sebagai ’Pembimbing Rakan Sebaya’, yang bertindak sebagai pemangkin kepada perubahan pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan yang positif di kalangan pelajar sekolah.

Doktor Muda ini diberi latihan mengenai asas kesihatan bagi menyediakan mereka menjadi pendidik kepada rakan sebaya. Mereka juga bertindak sebagai role model, promoter dan motivator kesihatan kepada rakan-rakan di sekolah. Oleh kerana itu, pemilihan calon yang sesuai sebagai doktor muda amat penting. Lazimnya, pelajar yang cemerlang dalam akademik, berminat, sihat, kemas, berpersonaliti menarik, memiliki sifat kepimpinan, bertanggung jawab, berpengaruh dan suka menolong menjadi antara kriteria dalam pemilihan Doktor Muda.

Gambar Video menunjukkan salah seorang bekas pelajar Prasekolah
yang Menerima Anugerah Doktor Muda Cemerlang sesi 2007/2008

Selasa, 5 Ogos 2008

Tarian Rampai

Sambutan Hari Lahir





Seronok anak-anak Permata Hati sambut birthday,mak ayah depa pun ikut serta. Lagi best GB tersayang Pn.Ramah bagi hadiah...

Hari Lahir

Seronok sungguh anak-anak Permata Hati sambut birthday....lagi seronok mak bapa pun hadir sama-sama memeriahkan majlis . Tambah-tambah GB tersayang ada sampaikan hadiah.....


Karnival Prasekolah



Majlis Graduasi 2007


5 Bintang

Bab 5 bintang tension jugak,tapi setahun sekali je.Pulunlah jugak buat dengan PPM apa-apa yang patut,janji bila pemantau datang kelas bersih,ceria dan depa tak lah komen banyak sangat kira ok lah tu.Alhamdulillah gak hari tu bebudak ok je,mudah faham pulak apa yang diajar,nanti cikgu dengan kak Ina belanja KFC,gitulah janji dengan anak-anak permata hati tu..sampai sekarang depa tak tagih janji pun,punya lah bagus anak-anak didik kami. Satu depa komen....memang dah agak dah bahasalah...loghat Kelate tak boleh tinggal..minta maaf banyak-banyak ,nak buat macam mana!

Rabu, 30 Julai 2008

Pelaksanaan Prasekolah

Konsep

Pelaksanaan Pra Sekolah adalah berasaskan konsep memberi pendidikan non-formal secara belajar melalui bermain. Konsep tersebut kemudiannya diperluaskan kepada menguasai kemahiran 3M (Membaca, Mengira dan Menulis)

Selasa, 29 Julai 2008

WELCOME TO PRASEKOLAH PERMATA HATI

Blog memberikan anda ruang untuk bersuara dalam web. Ia merupakan tempat mengumpul dan berkongsi perkara yang anda rasa menarik sama ada ia ulasan politik anda, diari peribadi, atau pautan kepada laman web yang anda ingin ingati.

Ramai orang menggunakan blog hanya untuk menguruskan pendapat mereka sendiri, sementara yang lain mengawal beribu-ribu audiens berpengaruh di seluruh dunia. Wartawan profesional dan amatur menggunakan blog untuk menerbitkan berita mengejutkan, sementara penulis jurnal peribadi mengetengahkan pandangan yang tersirat.

Apa yang perlu anda katakan, Blogger boleh bantu anda mengatakannya.