Rabu, 15 Disember 2010

REAKSI ANAK PRASEKOLAH SESI 2011

ANAK kecil yang terlalu pemalu ada kalanya merunsingkan ibu bapa. Biasanya kanak-kanak ini tidak mahu berenggang jauh dengan ibu bapa dan sukar bergaul dengan rakan sebaya.

Kanak-kanak yang pemalu memang normal, malah sikap pemalu itu boleh dikesan sejak kecil. Biasanya antara 15 hingga 20 peratus kanak-kanak bersikap sedemikian. Bagaimanapun, ia tidak akan mengganggu pembesaran dan pembelajaran mereka seandainya sikap malu itu tidak terlalu ekstrem.

Namun, sebagai ibu bapa, pastikan anda membantunya untuk menyesuaikan diri dengan keadaan baru dan berinteraksi dengan kawan-kawan baru. Perasaan malu adalah rasa tidak selesa dan takut dalam menghadapi situasi sosial. Selalunya, kanak-kanak begini tidak bertindak balas dengan perkara baru dalam hidup mereka misalnya makanan baru, tempat atau bertemu orang baru.

Sebagai guru prasekolah..reaksi inilah yang bakal aku tempohi.......

Ahad, 12 Disember 2010

Persada Perjuangan

KENAPA PERLU PENDIDIKAN MUZIK

Kanak-kanak pada umumnya sangat kreatif. Sepanjang mereka berada di sekolah mereka bukan sahaja hanya berkebolehan melahirkan fikiran dan perasaan melalui bahasa yang berkesan tetapi berkemampuan melahirkan perasaan-perasaan yang mereka alami seperti bahagia, marah, sedih, takut,kecewa dan lain-lain lagi melalui media seni halus dan kraf serta muzik.

Jikadiberi satu bimbingan yang betul oleh guru, kanak-kanak akan terangsang untukmenunjukkan daya imaginative dan kreativiti dengan pelbagai cara mengunakanpelbagai alatan dan bahan. Menyedari hakikat ini maka menjadi tanggungjawabguru prasekolah untuk menyediakan ruang dan peluang untuk kanak-kanakprasekolah agar mereka dapat meluahkan emosi mereka dengan cara yang lebihterkawal iaitu melalui pengalaman mendengar, bermain, menyanyi dan bergerakmengikut rentak dan alunan muzik

ORIGAMI MERANGSANG MINDA

Permainan origami merupakan permainan yang tidak asing bagi kanak-kanak sejak dahulu lagi. Tetapi kini, ramai kanak-kanak yang tidak tahu mengenai permainan ini kerana kurang pendedahan. Mereka lebih banyak didedahkan dengan permainan-permainan moden yang mudah didapati di supermarket dengan bantuan iklan-iklan di televisyen. Malah tidak kurang pula yang menghabiskan banyak masa dengan menonton televisyen dan bermain ‘games’.

Apa kata sesekali kita meneliti jenis-jenis permainan yang boleh menajamkan minda dengan kos yang rendah. Origami adalah sejenis permainan atau aktiviti yang mampu menajamkan minda dan mengimbangi otak kiri dan kanan. Bukan sahaja kos yang rendah iaitu dengan hanya menggunakan kertas-kertas, tetapi juga mudah dilakukan di mana sahaja.

Permainan ini memerlukan kanak-kanak mengingati langkah demi langkah dengan betul. Keupayaan mengingat boleh ditingkatkan dengan bentuk-bentuk origami yang lebih mencabar.

Bukan itu saja, permainan origami juga mampu meningkatkan kemahiran ‘motor halus’ (seni) anak anda. Aktiviti ini memerlukan kemahiran pergerakan jari-jemari dengan berhati-hati dan kemas. Kemahiran ‘motor’ anak-anak boleh ditingkatkan lagi dengan meningkatkan kualiti kekemasan origami yang mereka hasilkan. Kemahiran seni berkait rapat dengan otak kanak. Dengan kata lain, latihan kemahiran seni akan meningkatkan keupayaan otak kanan anak anda.

Latih anak anda dengan permainan origami seawal usia 3 tahun. Kanak-kanak suka mencuba. Pilih jenis-jenis origami yang mudah sebagai permulaan dan ‘upgrade’ mengikut kebolehan mereka.

Kebiasaannya apabila kanak-kanak berumur 3-4 tahun, mereka mempunyai kecenderungan untuk melakukannya sendiri. Sedikit demi sedikit ajar anak kita menghasilkan origami dengan sendiri.

Apabila umur anak anda meningkat, berikan aktiviti origami yang lebih kompleks supaya dapat mencabar minda anak-anak untuk terus aktif dan berkembang.





KAMI KANAK-KANAK TADIKA

Menu Prasekolah

Setiap hari kanak-kanak perlu diberi makan dan minum yang mencukupi. Keperluan asas dianggap satu keperluan yang kuat bagi seseorang kanak-kanak. Kanak-kanak dikatakan tidak akan belajar dengan baik sekiranya mereka belum mendapat sarapan pagi. Oleh itu, perkhidmatan-perkhidmatan prasekolah yang ada masa kini perlulah menitikberatkan mengenai kebajikan kanak-kanak ini. Makanan yang berkhasiat perlu disediakan untuk kanak-kanak prasekolah. Makanan yang berkhasiat bermaksud makanan yang mempunyai kandungan nutrien makanan yang seimbang misalnya seperti makanan yang mempunyai karbohidrat, protein, vitamin dan garam mineral yang lain. Melalui pemakanan yang sihat dan seimbang, kanak-kanak akan menjadi lebih cergas dan bertenaga dalam melakukan sebarang aktiviti harian mereka samada dalam aktiviti yang melibatkan fizikal, mental, emosi dan sebagainya. Waktu makan yang tepat dan sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak menjadikan mereka aktif dalam melakukan sesuatu, tidak kira sama ada dalam melakukan aktiviti lasak mahupun penerimaan perkara-perkara dan maklumat yang disampaikan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran ketika di dalam bilik darjah. Kita memerlukan makanan yang seimbang dan air yang mencukupi supaya seseorang individu itu mengalami pertumbuhan dan perkembangan yang optimum. Oleh itu menu di Prasekolah perlu menepati keperluan-keperluan tersebut . Jangan jadikan menu itu hanya untuk ditampal dengan hiasan yang cantik-cantik tetapi makanan yang dihidang ala kadar sahaja.






Sabtu, 11 Disember 2010

Pengurusan Prasekolah 2011

Walaupun 3 minggu lagi penggal persekolahan bagi sesi 2011 akan bermula,rasa macam tak cukup masa dah,macam-macam nak kena urus tempahan baju,peralatan murid,keceriaan dan baiki apa-apa yang patut kat kelas prasekolah. Dengan kewangan yang agak terhad hujung-hujung tahun ni,usahalah apa yang patut janji kelas nampak kemas,ceria untuk menyambut anak-anak didik yang insyaallah harap-harap semua boleh menyesuaikan diri dengan suasana yang baru itu.Terima kasih kepada warga SKSP yang sudi membantu,alhamdulillah.

Jumaat, 10 Disember 2010

ALHAMDULILLAH

SENARAI FAIL YANG PERLU ADA DALAM KELAS PRASEKOLAH


1.FAIL PANITIA - Senarai AJK/Carta Organisasi/Jadual Waktu/Sukatan dan Huraian Prasek/Ranc.Tahunan/Takwim/Carta Gantt/Surat Panggilan Mesyuarat/Minit Mesyuarat/Biodata Guru Prasek,PPM,Guru Pend.Islam
2. FAIL PENGURUSAN PRASEKOLAH - Arahan-arahan/Pekeliling berkaitan
3. REKOD PERKEMBANGAN MURID - Senarai Semak/Rekod Anekdot/Rekod Berterusan/Analisis Kajian 3M/Junior Kids Programme
4. FAIL PERIBADI MURID - Salinan Surat Beranak/Kad Pengenalan Ibu Bapa,Penjaga/Rekod Kesihatan Murid/Sijil Sakit
5. FAIL HASIL KERJA MURID - Individu dan Kumpulan (Pastikan disemak dan diberikan ulasan)
6. FAIL PERMUAFAKATAN - Senarai AJK/Surat Panggilan Mesyuarat/Minit Mesyuarat
7. FAIL PEMILIHAN MURID PRASEKOLAH - Senarai AJK (GB,PK1,PK2,PKko,Guru Prasek,Guru Pend.Islam,Guru Tahap 1)/Senarai Nama Murid dan Pendapatan Ibu Bapa,Penjaga/Surat Panggilan Mesyuarat/Minit Mesyuarat
8. FAIL KEWANGAN - Jumlah Terimaan PCG (salinan disahkan)/Perbelanjaan,Pembelian(salinan disahkan)/Lawatan/Tajaan dll
9. FAIL MESYUARAT/TAKLIMAT/KURSUS/SEMINAR - Surat panggilan/'Hands-out'
10. FAIL STOK - Inventori (Borang Kew PA3 & Kew PA5)-Peralatan yang tidak perlu penyelenggaraan tetapi mesti ada pelupusan/Harta Modal (Borang Kew PA2 & Kew PA4)-Peralatan yang perlu penyelenggaraan berjadual/tidak berjadual yang perlu pelupusan/Peralatan Pejabat (Borang J3 & J4)-Peralatan pakai buang/(Borang Kew PA7)-Senarai peralatan modal dan inventori dalam kelas dan ditampal pada dinding
11. FAIL MEJA GURU PRASEKOLAH DAN PPM
12. BUKU REKOD PELAWAT
13. BUKU REKOD KELUAR MASUK MURID
14. BUKU REKOD PERGERAKAN GURU
15. BUKU REKOD PERGERAKAN PPM

Kalau senarai fail ini tidak betul minta siapa-siapa tolong perbetulkan,terima kasih.